page

Wednesday 2 January 2013

MARIMO



       Bagi yang tak tahu lagi, Marimo ni sejenis hidupan yang sangat unik. Ia termasuk dalam kategori alga yang hidup dalam air. Asalnya marimo dijumpai di tasik negara Jepun dan beberapa negara eropah. Ramai yang jadikan marimo sebagai tumbuhan hiasan yang diletakkan dalam akuarium ataupun bekas kecil. Marimo memiliki permukaan seakan-akan kain baldu dan cantik. 



 Namun begitu, tumbesaran marimo sangat perlahan iaitu diemeternya membesar lebih kurang 1 cm setiap tahun, itu pun bergantung kepada persekitarannya. Yang pastinya, marimo ni tak boleh terdedah terus kepada cahaya matahari. Tapi walaupun tembesaran marimo ni lambat, marimo boleh hidup sehingga 200 tahun. Hebat dok ?

Disebabkan marimo dan alga hijau datang daripada keluarga tumbuhan yang sama, berlaku persaingan antara kedua-duanya untuk terus hidup dari segi mendapatkan nutrisi seperti sumber cahaya dan makanan.



Keunikan lain marimo ialah sangat senang nak jaga. Hanya perlu cuci airnya sekali seminggu. Cara nak cuci, hanya  dengan memerahnya sambil dilalukan pada air yang bersih. Selain itu, walaupun marimo ni hidup dalam air, dia boleh tahan selama 4 minggu tanpa air :)  Tanda-tanda marimo ni nak mati, warna dia jadi coklat. Tapi masih boleh dirawat dengan memasukkan garam dalam air marimo.


Walaupon asal usul marimo bukan di Malaysia, tapi kita tetap boleh memilikinya kerana  marimo telah banyak diimport oleh orang-orang Malaysia untuk di biakkan dan dijual. Harga pula bergantung kepada saiz :) Jadi bagi mereka yang minat dan sukakan tumbukan untuk dijadikan hiasan di samping mudah dijaga, admin syorkan MARIMO







6 comments: